Kolam renang Pusat Kokurikulum Negeri Selangor bersaiz olimpik iaitu 25 meter lebar dan 50 meter panjang.
Kedalamannya adalah daripada 1.2 meter sehingga 5 meter dan sesuai untuk menjalankan aktiviti berenang dan asas scuba diving.
Pada masa ini kolam renang ini menggunakan bekalan air bukit yang terawat kerana belum mendapat bekalan air SYABAS. Namun dijangkakan pada bulan oktober nanti Pusat Kokurikulum Selangor akan mendapat bekalan air daripada SYABAS apabila projek tersebut siap.